Tuesday 26 April 2011

PENGHASILAN ARCA 1 MALAYSIA

Sempena Program Gemilang Siswa pada 2 April 2011 yang lepas, kelas kami telah diamanahkan untuk menghasilkan satu arca iaitu arca Satu Malaysia. Dengan menggunakan kudrat dan kerjasama 17 orang pelajar kelas PSV SEM2, kami telah berjaya menghasilkan arca tersebut. Tuntasnya, kami berasa amat bangga apabila arca yang dihasilkan oleh kami digunakan untuk acara perasmian bagi program Gemilang Siswa tersebut. Berikut merupakan sedikit bingkisan gambar-gambar berkaitan proses semasa menghasilkan arca Satu Malaysia.













































Terima Kasih Kerana Sudi Melawat Blog 2PPISMP PSV 2011.

Friday 22 April 2011

Pertandingan Karangan,Lukisan, dan Kaligrafi Peringkat Pulau Pinang

Salam, kali ini kami akan kongsikan pengalaman beberapa pelajar dari kelas kami yang menjadi Facilitator dalam Pertandingan Menulis Karangan, Lukisan, dan Kaligrafi Sekolah Cina Peringkat Negeri Pulau Pinang. Pertandingan telah diadakan di SMJK (c) Jit Sin Bukit Mertajam. Berikut serba sedikit gambar suasana pertandingan tersebut



Guru pelatih daripada dua kelas iaitu kelas Pengajian Cina dan Pendidikan Seni Visual
Dewan Utama SMJK (c) Jit Sin BM

Menuju ke tempat berkumpul untuk Taklimat pertandingan

Salah seorang AJK Tertinggi pertandingan memberi taklimat kepada Guru Pelatih IPTB

Pertandingan dimulakan

Adik-beradik kembar yang mengikuti Lukisan Barat kategori menengah atas
Peserta kategori Menengah Atas
Peserta bagu Kategori Menengah rendah Lukisan Barat
Melukis Poster Bertajuk 'Malaysia Di Masa Depan"
Lukisan "Pemandangan Bulan"
Peserta Lukisan Poster (adik ini mahir dalam membuat ton warna)

Salah seorang guru pelatih sedang memerhati keadaan peserta pertandingan
Menghulurkan kertas Tambahan
Lukisan Barat Kategori Menengah Atas

Peserta yang tengah gigih menyiapkan karya mereka
Lukisan Berus Cina  bertajuk 'Harimau'
Lukisan Berus Cina "Ikan Emas'
Salah satu peserta yang telah siap karya Kaligrafi




Dalam pertandingan ini, guru pelatih dapat melihat terdapat banyak pelajar yang mempunyai bakat seni yang begitu menyerlah. Selain itu juga, guru pelatih yang bertugas dalam pertandingan kali ini telah dipuji kerana memberikan kerjasama yang baik kepada pihak penganjur.

 Pertandingan ini sememangnya banyak memberi pengalaman yang berguna kepada guru pelatih kerana melalui pertandingan ini guru pelatih dapat mempelajari cara bagaimana hendak mengawal murid-murid dalam kelas terutamanya murid-murid sekolah rendah. 

Diharap pertandingan ini dapat diteruskan agar bakat-bakat terpendam murid dapat terus digilapkan hingga menjadi seorang yang penuh berseni. Akhir kata, Seni itu adalah sangat indah. Pelajarilah ia sebagai penyeri hidup anda. Terima kasih semua.

Click-Click