Thursday 3 May 2012

Tips-tips Menghadapi Temuduga KPLSPM (Kursus Persediaan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia) / DPLI /GSTT

Selamat datang ke blog khas Guru Pelatih Pendidikan Seni visual ambilan Jun 2010. Kali ini kami ingin berkongsi petua-petua yang berguna kepada para calon guru pelatih yang bakal menghadapi temuduga KPLSPM di IPG yang terpilih. 




Kita mulakan pada hari sebelum temuduga anda. Pastikan anda menyediakan semua dokumen yang dikehendaki seperti sijil SPM, sijil kokurikulum, dan sijil-sijil yang berkaitan. Begitu juga dengan dokumen penting seperti salinan I/C anda, dan ibu bapa anda. 


Pada hari temuduga tersebut, pastikan anda berpakaian kemas dan mengikut etika pemakaian sebagai seorang guru dan tidak menjolok mata(seksi) bagi calon perempuan.


Sebelum temudga, anda bakal menduduki satu peperiksaan yang seolah-olah ujian INSAK dan anda haruslah memilih jawapan yang terbaik antara jawapan-jawapan yang ada. maksudnya di sini, semua jawapan yang diberikan ada betul, tapi anda harus pilih jawapan yang terbaik dan sesuai sebagai seorang guru.  Selepas itu, anda akan  dibahagikan dalam beberapa kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 4-5 orang calon. 

Pada sesi perbincangan yang pertama dengan Penemuduga(pensyarah), anda akan berbincang dalam bentuk satu kumpulan terlebih dahulu. Anda sekumpulan akan diberikan satu tajuk yang umum yang berkaitan dengan isu semasa, isu pendidikan, ataupun isu berkaitan dengan kesihatan. Salah satu contoh tajuk ialah " Gula sedap tapi membunuh". Anda akan diberikan beberapa minit untuk bersedia dan salah seorang daripada anda akan menjadi pembuka bicara. Perbincangan pertama berlaku dalam kalangan ahli kumpulan anda tanpa melibatkan penemuduga dan semasa perbincangan anda haruslah yakin menyuarakan pendapat anda, lebih banyak anda bercakap makan lebih banyak markah anda dapat. Pastikan juga anda cuba memberi peluang kepada ahli lain untuk bercakap, jangan menjadi terlalu tamak ketika bercakap. Salah satu tips apabila anda dah kehabisan idea, cuba berikan ruang kepada ahli bercakap dan ketika ahli tengah mengemukakan pendapat mereka anda haruslah mencari idea baru anda. Respon antara sama satu lain juga amat penting kerana perbincangan anda akan berbentuk seperti sebuah forum. Jangan lupa akhiri perbincangan anda dengan ucapan terima kasih. 


Pada sesi kedua selepas perbincangan dalam kumpulan, anda akan ditemuduga dalam bentuk individu. Dalam temuduga individu, anda haruslah mempunyai pengetahuan 
asas kawad,
 melukis(calon PSV),
 menari dan menyanyi(calon Prasekolah) 
serta serba sedikit tentang subjek anda. 




Soalan yang berbunyi
 " Bagaimanakah anda mengajar subjek anda kepada murid anda jika anda berjaya menjadi seorang guru kelak?" ataupun
 " Mengapakah anda ingin menjadi guru?" 
sering ditanya dalam temuduga. 

Penemuduga juga sering bertanya tentang pengalaman anda dalam bidang pengajaran contohnya; mengajar tuisyen dan sebagainya. Selain itu, anda juga harus tahu tentang program-program sekolah yang ada seperti 3R, 3K, ataupun KSSR. Paling penting dalam temuduga ialah anda harus yakin dalam setiap yang dituturkan walaupun kadangkala apa yang anda katakan itu kurang betul, kesopana juga amat dititikberatkan dalam temuduga. 


Akhir kata daripada kami yang telah berjaya dalam temuduga KPLSPM lalu ialah "Semoga Berjaya dalam Temuduga dan yakin pada kemampuan anda walaupun kadangkala keputusan peperiksaan anda tidak sehebat calon lain! "   


Kami menanti kedatangan anda di Institut Pendidikan Guru dan kepada yang berjaya masuk ke IPG Kampus Tuanku Bainun. Jangan lupa bertegur sapa dengan kami ye. :)

Wednesday 2 May 2012

Semakan Temuduga KPLSPM 2012



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) hari ini (30 April 2012 – Isnin) telahpun membuka Aplikasi Online Semakan Keputusan Panggilan Temuduga bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012. Semakan boleh dibuat mulai jam 2 petang.
Untuk makluman, butiran tentang tarikh temuduga, semakan keputusan dan tarikh pendaftaran masuk adalah seperti berikut:
*Tarikh di atas adalah sebagai panduan dan tertakluk kepada perubahan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
Semakan Keputusan Temuduga KPLSPM
Maklumat Penting Berkenaan Temuduga KPLSPM
Berikut adalah beberapa maklumat penting yang perlu diketahui oleh pemohon berkenaan temuduga KPLSM.
  1. Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  2. Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
  3. Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
  4. Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  5. Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  6. Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Semoga berjaya dalam temuduga anda. Jika anda inginkan serba sedikit tips mengenai temuduga, boleh bertanya dengan memberi komen di bawah. Jangan Lupa share  :)

Click-Click