Monday 4 July 2011

LUKISAN MURAL DI IPGKTB

Sempena Hari Terbuka Asrama 2011, kelas kami telah ditugaskan untuk menghasilkan satu mural di Blok Budiman berhadapan dengan pejabat Penyelia Asrama. Seramai 7 orang lelaki daripada kelas kami telah turun padang bagi menjayakan tugas tersebut. Dengan semangat kerjasama serta ketekunan yang tinggi, kami telah berjaya menghasilkan mural yang bertajuk 'Doodles @ IPGKTB' yang mengambil masa selama 2 hari sahaja. Berikut merupakan bingkisan sepanjang penghasilan lukisan Mural tersebut. 


Meneliti gambar asal terlebih dahulu

Proses melukis sedang dimulakan


Azhir sedang melakar pada dinding.

Cheong dan Izuddin

Melukis bersama-sama



Izuddin dan Ridzuan sedang mencampurkan warna.

Aktiviti yang paling ditunggu-tunggu oleh kami untuk mewarnakan lukisan yang telah dibuat.




Sebahagian mural yang hampir siap.

Apa yang penting? kerjasama!


Rajin betul.

Sepakat membawa berkat, KONON~

Dari petang hingga malam, aktiviti membuat mural masih diteruskan tanpa jemu.


Ini dia hasil mural kami yang telah siap.
"DOODLES @ IPGKTB"

Bergambar bersama hasil mural pertama kelas kami.




Sekian sahaja daripada perkongsian kami pada kali in. Ternyata hasil daripada aktiviti mural ini, kami dapat menjalinkan semangat kerjasama yang lebih erat. Ikatan persahabatan antara kami juga semakin kukuh melalui aktiviti seperti ini malah ia juga dapat memberi pengalaman baru kepada kami semua, dan yang paling penting hasil mural yang telah dihasilkan oleh kami ini akan terus diabadikan di dinding IPGKTB. 

Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk 'LIKE' kami di facebook. :D




No comments:

Post a Comment

Click-Click